Sekarang dalam hidup, aku cuma harap satu.
Semoga aku jadi anak yang baik.
Setiap kali aku marah, tinggi suara dengan mak dan bapak aku atau mengeluarkan bunyi 'tsk'
rasa macam marah dengan diri sendiri. Kenapa aku tak mampu sabar hadapi perangai mereka. Sedangkan meraka dah lalui macam-macam untuk aku. Bila marah, aku kadang-kadang lupa. Bila sedar rasa macam sedih sangat.
Aku cuba jadi anak yang baik. Cuba sabar dengan permintaan mereka. Cuba tunaikan apa mahu mereka.
Doa aku, harap mereka dapat tengok aku berjaya. Supaya meraka bangga dengan aku.
Dari dulu, aku harap itu..
No comments:
Post a Comment