Aku tau, kawin adalah satu benda baik yang bila kita lakukan, banyak dosa kita boleh di elakkan.
Dan kata orang bila niat nak kahwin sahaja terpasang di hati, Allah akan bagi rezeki untuk nak wujudkan niat itu.
Aku tak pernah soalkan hukum Allah. Bagi aku, semuanya ada sebab.
Tapi yang bagi aku persoalkan tentang kahwin, adalah kerana manusia-manusia yang membuatkan perkataan 'Kahwin' itu nampak gerun. Macam satu jurang yang kalau kau terjun, kau susah nak panjat balik.
Satu sebab jer yang aku yakin bahawa kahwin ni ada yang 'happily married ever after' which is parents aku. Sebab diaorg jer la aku still ada rasa yakin.
Banyak kawan (lelaki terutama) yang dah kawin, masih pasang 2/3 di luar kawasan rumah. Keluar gi hanta bini keje, pastu dia pergi keje then lunch ngan orang lain. Cakap kat bini client ajak jumpa. Kalau tak pun, di alam nyata bukan main setia, di alam maya borak tentang nafsu kambing mereka.
Pak cik-pakcik aku pun banyak. Ada yang bukan setakat pasang 2/3 tapi siap naik tangan pukul anak isteri. Waktu bercinta bukan main lagi, 'semut pun abang tak pijak', kesian katanya. Ada pulak yang siap bagitau isteri yang dia ada perempuan lain kat luar. Bosan mengadap muka bini jer katanya. Teringin jugak nak makan daging lain. Asik makan ikan jer.
Apa la rasa bini dia agaknya. Ya Allah, aku tak boleh bayang perasaan tu. Sedangkan tengok orang yang aku cinta message dengan perempuan lain pun aku boleh naik hantu. Inikan pulak kalau sampai tahap macam tu.
Ni tadi tengok Hidd tweet pasal Rita Rudaini cakap, dalam 4 tahun berkahwin, saat bahagia boleh dikira dengan jari. Well, honestly bila aku baca, aku rasa agak aneh. Kebahagiaan tak datang begitu saja (bagi aku la). You have to earn it. Kalau kau rasa kau tak bahagia dengan suami tapi kau duduk saja, keluar ngan kawan konon itu kebahagian kau, then kau still tak akan dapat kebahagian dengan suami kau sampai bila-bila. Tapi aku tak tau la apa jadi dengan rumah tangga mereka. Mungkin ada perkara yang dah tak boleh nak diselesaikan.
But honestly, don't you guys think that the divorce rate is going crazy in Malaysia?
WHY?
2 comments:
kdg2 org bersabar sbb anak..dgn harapan ada sinar akan dtg..tp kdg2 sinar tu xdtg gak..apepun anak2 penguat semangat utk ibu2 mcm rita..i believe it..
betul tu.. Selalu pun macam tu..
semoga Allah terus kuat kan rita.. amin :)
Post a Comment